Saturday, 30 April 2011

'AKU' atau 'SAYA'? Sekadar persoalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Aku mau kongsi sikit pasal penggunaan kata ganti diri pertama iaitu 'AKU' dan 'SAYA' dalam pertuturan seharian kita. sebelum tu, aku mau  kongsikan pengalaman aku sewaktu sekolah menengah dulu ni. Ada seorang cikgu ni (lelaki) pernah marah aku pasal menggunakan perkataan 'aku' semasa bercakap dengannya.

"Boy kalau awak guna lagi perkataan 'aku', saya tampar awak," kata cikgu tu.

Cikgu tu suruh aku guna perkataan 'saya' masa bercakap dengannya. KENAPA? lepas hari tu, aku pun fikir yang cikgu tu temberang sebab bagi aku, penggunaan perkataan 'aku' dalam pertuturan tidak salah apa-apa pun. Maklumlah,  fikiran belum matang lagi, darah muda. Sampai sekarang aku masih ingat lagi tentang perkara ini, aku cubalah kongsikan ingatan aku ni sama kawan-kawan di Facebook. Maklum balas yang aku terima macam-macam. Boleh lihat di bawah:

~lain budaya tue.. klu di s'jung mmg begitu.. tpi klu di sabah.. normal bah kan.. "AKU" "KAU" dengan mak bapa pun kira normal bah.

~sbb tu ckgu tambirang la..hahaha

~saya is better than aku

~Aku lg better sbnrnyer.. lihat pada hadis.. xda guna perktaan Saya k.. "Aku".

~mungkin dia tambirang sikit kali.. hahaha.. padahal di Sabah tu AKU KAU normal bah.. mcm saya awak juga.


Ha inilah komen-komen yang aku terima di Facebook. Macam-macam kan, tapi aku rasa, aku belum dapat jawapan yang sebenarnya. aku betul-betul tertanya-tanya bila aku terfikir semula perkara ni. Mungkin pendapat mereka di atas ada betulnya juga tapi belum cukup untuk meleraikan persoalan yang bermain dalam fikiranku ini. Tetapi ada satu komen yang aku fikir memang jawapan yang tepat iaitu komen dari pensyarahku;


~Bahasa formal atau rasmi, saya. Jika seharian gunalah aku. Nilai hormat ada dalam bahasa Melayu. Gunakanlah aku bila berbicara dengan tuhanmu kerana tuhan tak perlu acara rasmi.

5 comments:

  1. yap...kadang2 kita ndak pernh tfikir kan ap yang kita tutur dan rasa setiap hari..hahahaha..itulah perlunya persoalan..mcm ko,banyak mana pun peristiwa tu berlalu..berapa bnyak minit dan saat,sampai skrg ko still fikir...cayok2 geng~ceh

    ReplyDelete
  2. ui,c ayap...hahaha....
    ble thn ko ni ging...
    truskn usaha,ko mampu pergi lbih jau...hahaha

    ReplyDelete
  3. c_aNN~ya kdg2 kita xsdar apa pertuturan kita terhadap orang,baik ka buruk ka,dapat dia terima atau tidak ka kan...cuba kita renung2kan segalanya sejenak,

    Ereklan~ hahahaha mau pergi mana ni ar paling jauh?

    ReplyDelete
  4. sia sukka kumin yang terakhir tu. kalau kaw sama urang tua ko yang patut di'respect' masam sigu kaw tu ko pakai la bah 'sia'. hahahhah, kalau sama member masam kami ko pakai 'aku'. but yes, we tend to use 'aku' while praying cuz He is our closest friend. no more doubt~

    ReplyDelete
  5. pari2: ya btul 2...baru faham kan,

    ReplyDelete