Selama ini kita hanya
membaca dan mendeklamasikan puisi mengikut stail tersendiri namun pernahkah
kita cuba untuk melagukan puisi tersebut
seperti yang dilakukan oleh Suhaimi Meor Hasan, Kopratasa, Zubir Ali, M. Nasir,
Ramli Sharif, Abet G Ade, Ewan Fall, Julfekar, Awang Karim Kadir dan beberapa
lagi yang lain?
Sebelum
itu, kita harus menyedari kalau puisi pada masa kini masih kurang diminati oleh
masyarakat.
Masyarakat
dilihat lebih suka mendengar lagu berbanding puisi kerana lagu menghiburkan
manakala puisi pula dianggap membosankan.
Sedangkan
dalam puisi yang dihasilkan itu mempunyai tujuan murni kepada masyarakat dan
terdapat pelbagai unsur di dalamnya seperti unsur keagamaan, nasihat, sindiran,
pendidikan.
Sehubungan dengan itu,
Bengkel Puisi dan Lagu yang dianjurkan oleh pelajar Program Penulisan (Seni
Kreatif) anjuran Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA) bersama Sekolah Pengajian Seni
bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar pada 28 April 2012 adalah merupakan program
yang dapat mendedahkan seni lagu berpuisi yang dibimbing oleh saudara Awang
Karim Kadir.
Pengalaman luas beliau
dalam penghasilan lagu puisi dikongsikan bersama para peserta yang terdiri
daripada mahasiswa dengan mengupas beberapa persoalan penting tentang lagu dan
puisi agar kesenian ini dapat diperhalusi lagi.
Program
yang berlangsung di Theaterette Ahmad Nisfu, SPS ini, bertujuan untuk
melahirkan mahasiswa yang berilmu, berbakat, berketerampilan dan boleh menulis
puisi seiring dengan perkembangan kemodenan negara.
Peserta
yang terlibat bukan sahaja diberi bimbingan dalam mencipta puisi malah diajar
bagaimana kaedah untuk melagukan puisi tersebut.
Selain
itu, pelaksanaan program ini dapat memupuk minat pelajar untuk menceburkan diri
dalam bidang penulisan terutamanya puisi sesuai dengan temanya Ada Jiwa Ada
Cinta.
Selain
itu, melalui program ini, para pelajar khususnya mahasiswa dapat memanfaatkan
masa yang ada untuk mengenali dengan lebih dekat lagi kesenian berpuisi dari
segi penulisan ataupun deklamasi puisi yang dilagukan.
Program
ini juga merupakan platform untuk memberi pendedahan tentang kepentingan serta
peluang-peluang seni puisi dan lagu yang menjadi asas dalam bidang penulisan
yang lain.
Hal
ini demikian kerana minat menulis puisi atau seumpanya sebenarnya dapat
dijadikan kerjaya satu hari kelak.
Justeru,
kecintaan terhadap kesenian yang merupakan aset penting negara haruslah
disematkan di dalam jiwa setiap individu agar terus terpelihara dan dapat dihayati
oleh masyarakat.
Sokongan
daripada semua pihak juga amat diperlukan bukan sahaja dari segi kewangan
tetapi juuga memudahkan dalam menjalankan aktiviti pengurusan sesuatu program bagi
menyemarakkan lagi kesenian tanah air.
No comments:
Post a Comment