Wednesday, 9 January 2013

Pulau Manukan beri keseronokan tersendiri.

Berkunjung ke Pulau Manukan sememangnya menghadirkan keseronokan yang tersendiri kepada pengunjungnya. Pulau yang terletak tidak jauh dari Bandaraya Kota Kinabalu ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang cukup indah dan memuaskan. Untuk itu, penulis juga tidak melepaskan peluang bertandang ke sini baru-baru ini. Kali pertama menjejakkan kaki ke pulau ini, terasa begitu nyaman sekali apabila dapat menghirup udaranya yang masih segar terhindar daripada pencemaran. Di sini, penulis mencari ketenangan sejenak, lari daripada kesibukan kota. 




















Siapa yang belum pernah pergi ke sini lagi, cuba-cubalah rasa. Pelbagai aktiviti boleh dibuat di sini bersama kawan-kawan,  keluarga, kekasih (hehe) atau sesiapa ja lah.. Kalau mahu pergi sendiri pun ok juga, yang penting gembira. Pasti seronok. 

   

No comments:

Post a Comment