Saturday, 31 March 2012

19 buah negara bakal hantar penyertaan SIFF ketujuh



KOTA KINABALU: Kira-kira 19 buah negara dijangka menyertai Sabah International  Folklore Festival (SIFF) edisi ketujuh yang akan diadakan di Sabah Cultural Centre Penampang pada 8 hingga 17 Julai depan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun yang juga selaku  Penasihat Jawatankuasa Induk, berkata berikutan maklum balas dari dalam dan luar negara terhadap penganjuran festival berprestij itu, maka pihaknya mengambil inisiatif untuk mengadakan  SIFF.

Selain itu menurutnya, SIFF ini juga mendapat maklum balas yang baik dari dalam dan luar negara.
“Pelbagai persediaan giat dijalankan bagi menjayakan program berkenaan yang mana telah terbukti berjaya mempromosikan keunikan budaya Sabah di mata dunia dan dalam masa sama mampu menjana ekonomi dari segi produk pelancongan kita.

“Persediaan penting sedang diatur sebelum tarikh SIFF berlangsung. Terima kasih atas sokongan daripada masyarakat Sabah agar SIFF ini dapat berterusan setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Jawantankuasa Induk yang telah diadakan di Dewan Persidangan, Tingkat 2, Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing, Kota Kinabalu, bagi membincangkan agenda yang ingin dilaksanakan.
 
Hadir sama, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Sabah (LKNS), Datu Rosmadi Datu Sulai dan ahli jawatankuasa SIFF,Joisin Romut.

Antara pengisian SIFF pada kali ini ialah, Local Folkdance(Tugu Budaya), International Folkdance (Tarian Antarabangsa), Folkart Exhibition, Tourustic Excursion, Cultural Parade, Cultural Exchange Workshop, Traditional Food, Folktales; “The Bal-Bal and Siwot Dalan,” dan juga Folksong.

Pemenang SIFF pada tahun lalu ialah dari negara Taiwan, Kazakhstan, Namibia, Thailand, Slovakia, Philipines, Belgium, Indonesia, Korea Selatan, Russia, Lativa, Egypt, dan Estonia.


No comments:

Post a Comment