Thursday 29 March 2012

Skuad 69 PDRM Sabah Untuk Kebajikan


KOTA KINABALU: Penubuhan Persatuan Skuad 69 PDRM Sabah bertujuan untuk menjaga kebajikan serta membantu ahli dan bekas anggota Skuad 69 yang amat memerlukan.

Presidennya, Gastan Bin Sabah berkata, “antara objektif utama persatuan ini ialah menjalankan aktiviti kebajikan di kalangan ahli yang memerlukan bantuan dari segi alat bantuan kesihatan seperti kerusi roda dan lain-lain khasnya kepada mereka yang kurang upaya.

“Bukan itu sahaja, malah Skuad 69 Sabah ini akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak kerajaan dan agensi-agensi lain yang dibenarkan di sisi undang-undang negara terutamanya  PDRM dalam membanteras jenayah seterusnya membendung masyarakat daripada segala ancaman yang merosakkan akhlak serta mencabuli ketenteraman negara.”

Penubuhan persatuan kebajikan ini pada 02.12.2011 juga bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim di kalangan ahli Skuad 69 Sabah dan pesara Polis Negeri Sabah.

Persatuan akan merancang mewujudkan pelbagai aktiviti bagi mencari dana yang bertujuan untuk menggerakkan kegiatan kebajikan kepada ahli.

Sehubungan dengan itu, Skuad 69 PDRM Sabah telah bersetuju bernaung di bawah Skuad 69 PDRM Malaysia bagi mendapatkan bimbingan serta tunjuk ajar agar berupaya bergerak sendiri bila tiba masanya.              

“Memandangkan Persatuan Skuad Sabah 69 baru ditubuhkan dan perlu banyak belajar cara mentadbir, mengurus dan menjalankan kegiatan kebajikan bagi membantu ahli-ahli,” katanya lagi.

Skuad 69 Sabah ini diketuai oleh seorang Presiden dengan 10 orang Ahli Jawatankuasa yang mana kesemuanya adalah anak watan yang bermastautin di negeri Sabah dan merupakan pesara polis.

Sesiapa yang berminat menjadi ahli persatuan ini bolehlah berhubung terus kepada Gastan (0198037279) atau ibu pejabatnya (317369). Yuran keahlian sebanyak RM10 setiap tahun akan dikenakan kepada ahli. 


Bersama Presiden Skuad 69 Sabah

No comments:

Post a Comment