Wednesday 28 March 2012

Saringan Sayembara Puisi, Hari Ini


KOTA KINABALU: Saringan Sayembara Lagu Puisi Berkumpulan anjuran DBP Cawangan Sabah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah akan diadakan pada 29 Mac 2012 di Dewan Besar DBP bermula pukul 9.00 pagi.

Sayembara ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah zon Pantai Barat dan sebanyak sembilan kumpulan akan bertanding dalam saringan awal.

Enam kumpulan akan terpilih memasuki pertandingan akhir pada 5 April 2012.

Menurut satu kenyataan DBP Sabah, antara objektif petandingan ini ialah untuk memupuk dan menyemai kecintaan masyarakat, khususnya golongan pelajar terhadap lagu-lagu puisi.

Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan hubungan erat antara masyarakat Malaysia pelbagai kaum yang mempunyai minat dan kecenderungan dalam aktiviti berteraskan sastera dan bahasa, seterusnya menyemarakkan aktiviti sebegini di negeri Sabah dalam kalangan generasi baru. 

-Utusan Borneo, 29 Mac-

No comments:

Post a Comment