Tubal Chetak meneruskan penganjuran program keilmuan yang bersifat santai dan
terbuka.
Kali ini,bertempat di Warung Mami
bersebelahan bangunan LHDN, kumpulan anak muda ini memilih untuk
membicarakan lirik-lirik lagu karya M.Nasir.
Seperti yang diketahui,
lagu-lagu yang dihasilkan oleh penyanyi terkenal ini bukan sahaja
menjadi siulan malah membawakan makna-makna tersirat untuk direnungi.
Menurut Mahmood Ahmad
Abdilla selaku pembicara pada program itu, lirik lagu seperti Tanya
Sama Itu Hud-Hud sememangnya mengandungi pelbagai makna jika
dirungkai.
Mahmood @ Mun membicarakan lirik M. Nasir
"Misalnya lirik Tujuh
puluh tiga pintu, Tujuh puluh tiga jalan, Yang sampai hanya satu
jalan...lirik ini boleh dikaitkan dengan hadis Rasulullah SAW tentang
umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan cuma satu golongan
yang terselamat iaitu mereka yang mengikuti sunnah Baginda.
"Jadi lirik lagu ini
mengajak kita kembali berfikir, kita ini dalam golongan yang mana,"
ulasnya serba sedikit mengenai lirik itu.
Mahmood turut
mendendangkan beberapa buah lagu M.Nasir dengan bertenaga.
Program pada malam itu
diselangselikan dengan acara baca puisi dan busking daripada ahli
Tubal Chetak.
Pengunjung yang datang
juga secara tidak langsung turut serta bertukar pendapat dan
berkongsi ilmu dalam program itu.
ANTARA pengunjung yang hadir
No comments:
Post a Comment