Duduk di kedai kopi sambil berkisah tentang buku bersama rakan-rakan sastera amatlah menyeronokkan. Malam Hari Tiga (MHT) menjadi medium perkongsian yang bersifat santai. Diilhamkan oleh Abdul Naddin Haji Shaiddin selaku Ketua 2 IPS, MHT membuka tirainya pada 8 Mei 2013. Pada pertemuan pertama itu, hanya saya dan abg Naddin sahaja hadir kerana masih belum ramai yang mengetahuinya. Saya masih ingat malam itu kami sempat memperkatakan tentang puisi Siba Nita yang sedang diteliti oleh abang Naddin.
Seterusnya pertemuan kedua pada 22 Mei menyaksikan kehadiran abang Hasyuda Abadi (Ketua 1 IPS), Mohd Izzuddin Fitri, Sabih Desemin, Rafi Harumin, abang Nadin dan saya sendiri. Kali ini, kami sempat berkongsi tentang proses penerbitan buku apabila abang Rafi membawa buku pertamanya bertajuk 'Kisah Orang Kaunter' yang baru sahaja diterbitkan. Diselang-selikan juga kisah pengembaraan abg HA dan Naddin semasa di Pontianak, Indonesia. Seronok sehingga tidak sedar, sembang yang bermula pukul 8pm berakhir pada pukul 11.30pm.
29 Mei adalah pertemuan kami yang ketiga. Kali ini hanya kami berlima apabila abang Rafi tidak dapat datang atas sebab-sebab tertentu. Hujan juga agak lebat. Abang Nadin membawa kami melihat deklamasi puisi penyair terkenal Indonesia iaitu Rendra di laman Youtube. Pesan Pencopet Pada Pacarnya dan beberapa lagi puisi yang kami tatapi. Abang HA yang segak berbaju Melayu coklat tiba sekitar pukul 9pm. Kami tertarik dengan tulisan abang Naddin yang berjudul Sahabat Kanti di laman blognya. Tulisannya itu memperkatakan tentang nilai dan jenis sahabat yang wujud di dunia ini.
Begitulah serba sedikit tentang pengisian MHT yang telah berlangsung. Kami mengharapkan MHT ini akan dihadiri lebih ramai lagi rakan sastera. Tidak ada paksaan. Ini sekadar satu perkongsian ilmu di samping merapatkan hubungan silaturahim sesama kita. Salam Sastera.
Bersambung...
menarik. teruskan mencatat.bermanfaat untuk sastera kita
ReplyDeleteTerima kasih bang.
ReplyDelete