Sunday, 29 November 2015

Mad Sakiran dengar muzik tradisi ketika menulis

INILAH kelainan, keunikan yang ada pada jiwa seseorang penulis itu apabila sedang menulis. Ada penulis yang sukakan kesunyian, ketenangan, lari dari apa jua bentuk bunyian. Pelbagai kaedah digunakan bagi membangkitkan 'mood' serta rangsangan semasa menulis.

Seperti Mad Sakiran pula, dia lebih gemar mendengar muzik tradisi apabila sedang menyiapkan tulisannya baik cerpen, puisi, rencana atau berita.

"Semasa menulis, saya akan memasang lagu-lagu tradisi Bajau untuk menambahkan lagi kelancaran idea saya.

"Saya tidak dapat menyiapkan tulisan dengan baik sekiranya berada dalam kesunyian. Penulisan saya akan jagi khayalan semata-mata," katanya, dalam satu pertemuan singkat yang tidak dirancang di restoran Choice dengan penulis.

Menurut penulis prolifik yang berasal dari Simunul, Semporna ini juga, dia tidak kisah sekiranya ada bunyi-bunyi bising dari kejiranannya ketika sedang duduk menulis.

"Suara budak menangis dan bermain dari jiran sebelah tidak menjadi masalah bagi saya malah lebih seronok saya rasakan," katanya.

Tambahnya lagi, selain mendengar muzik tradisi, minuman seperti kopi harus ada ketika dia sedang menulis.




No comments:

Post a Comment